Coretan rasa hati...

11/01/2012 15:34

Bertemu kembali...

Seminggu lalu dah lepas, kini masuk minggu kedua persekolahan...dan hari yang ke-11...suasana di sekolah seperti biasa seperti tahun lalu..perhimpunan sekolah baru-baru ni merupakan titik tolaknya dengan rasminya sesi persekolahan telah bermula...nampaknya ramai pelajar Junior 1 tahun ni tidak seperti tahun-tahun yang lepas...semakin padat, sesak..apa tidaknya J1 sahaja dah ada 9 buah kelas...setiap kelas lebih 50 orang..bercerita pula tentang guru..ya ramai guru baru berserta staf bukan akademik memenuhi ruang depan dewan..muka baru...jiwa pun baru...mudah2an mereka terus teguh berkhidmat selagi masih diperlukan..tahniah buat mereka..dah masuk dalam keluarga besar SM Tshung Tsin...saya??? ya...tahun ni telah mengambil alih tugas seorang guru yang mempunyai masalah anak..kesian jugak saya...dengan berat hati..saya menerima tanggungjawab ini kerana satu saya dalam benak saya...pelajar-pelajar..kita sebagai guru tanggungjawab sangat la besar...kita la yang bakal merubah modal insan ini akan lebih berketrampilan dan sempurna dari aspek JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial)..mudah-mudahan kita terus diberkati dan disayangi oleh pelajar mahupun murid kita hingga ke akhir hayat...amin.